26 November 2011

SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH 1433

Barakah Maju ingin mengucapkan "Selamat Menyambut Maal Hijrah" 1433, semoga dimurahkan rezeki.

21 November 2011

Barakah Maju MR Enterprise Secara Rasminya Menjadi Franchisee Murtabak Raja WM

Alhamdulillah, akhirnya termakbul juga doa kami untuk menjadi franchisee Murtabak Raja WM. Kiosk kami di jangka akan dibuka pada 1 Disember 2012 di GIANT Hypermarket Shah Alam Seksyen 13.

Marilah beramai-ramai mengunjungi kiosk kami. Kedatangan anda amatlah dialu-alukan. Jumpa di sana.

Bagi yang inginkan penghantaran ke rumah pula, bolehlah menghubungi kami. Minimum pesanan adalah tiga (3) paket dan ke atas. 

rosli.014.969.0687   shahrin.012.695.4350   fuad.012.672.8575
wawa.012.686.3670   sarah.014.969.0686   shila.013.710.7254

SHAH ALAM - KLANG - SUBANG
(dalam lingkungan 10 km)


" mudah disaji , sedap dinikmati "

11 November 2011

Penubuhan Barakah Maju

Banyak rintangan dan dugaan untuk mencari rakan kongsi, Alhamdullillah akhirnya dapat juga rakan kongsi yang sanggup memberi komitmen dan seterusnya bersetuju untuk memeterai "Perjanjian Perkongsian" atas nama "Barakah Maju".

Sesiapa yang inginkan format "Perjanjian Perkongsian" bolehlah email ke "murtabakrajaonline@gmail.com" dengan harga yang murah.

07 November 2011

Cadangan Kiosk Murtabak Raja & Jus Minuman

Perbincangan awal dengan pihak Murtabak Raja WM untuk membuka kiosk di Giant Hypermarket Shah Alam Seksyen 13 seperti gambar di bawah.


Setelah persetujuan dicapai, kami pun terus mengorak langkah dengan mencari rakan kongsi bagi menjalankan perniagaan ini.


Semoga murah rezeki.

01 November 2011

Murtabak Raja WM



Murtabak Raja WM merupakan murtabak yang berintikan 100 peratus ayam tempatan serta disaluti telur gred tinggi dan bawang segar dan yang menariknya ianya menggunakan seratus peratus Resepi Rempah Raja Tradisi Kelantan.

Harganya yang berpatutan dengan berat yang mencecah satu kilogram dan yang lebih menarik lagi murtabak raja ini merupakan satu-satunya murtabak raja yang dibahagi empat bagi memudahkan untuk disimpan bagi penyediaan yang akan datang.


Murtabak Raja WM dikilangkan di kilang MWA Enterprise, di Chendering, Kuala Terengganu. Murtabak Raja WM dibuat dalam keadaan sejuk beku dan kini diperkenalkan dalam konsep 'kiosk' . Ianya amat mudah untuk disediakan pada bila-bila waktu.

Untuk makluman semua Murtabak Raja WM telah mendapat Sijil HALAL yang dikeluarkan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Terengganu dengan dipantau oleh Jabatan Kesihatan Negeri, Yayasan Pembangunan Usahawan Negeri Terengganu, MARA, SME Corp & SIRIM Berhad.